Selasa, 29 Maret 2016

MANUSIA PADA PANDANGAN HAQEQAT


MANUSIA PADA PANDANGAN HAQEQAT

Pada pandangan Hakikat manusia itu adalah :-
a. Makhluk paling sempurna diciptakan Allaahh.
b. Manusia itu menanggung Amanah Allaahh.
c. Manusia itu adalah RAHASIA ALLAAHH.
d. Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad.
e. Manusia itu adalah keterpaduan DUA MUHAMMAD menjadi satu.
f. Manusia itu adalah pentajallian akhir Allaahh yang paling sempurna.
Penjelasan dari enam poin diatas Manusia itu terdiri dari dua perkara. Ianya yaitu terdiri dari BENDA (Material) dan BUKAN BENDA ( Immaterial). Yang dikatakan BENDA ialah TUBUH atau JASAD atau DHAHIRnya. Yang dikatakan BUKAN BENDA ialah BATHIN-nya yaitu NYAWA atau RUHNYA. Ilmu Haqeqat/Hakikat mengatakan bahawa manusia itu terdiri dari DUA MUHAMMAD. Pertanya-an: Kenapa pula dipanggil MUHAMMAD ?
Jawab:Ada dua sebab.
Pertama Manusia itu dicipta oleh Allaahh mengikut EJAAN NAMA MUHAMMAD itu sendiri. MIM pertama ialah kepalanya, HA pula tangannya, MIM kedua pula pusatnya dan DAL merupakan kakinya. ( Dengan satu MUHAMMAD manusia itu belum boleh berdiri kerana tangannya hanya ada satu ) Maka ia memerlukan satu lagi MUHAMMAD yang melengkapkannya menjadi Insan Yang Sempurna.
Kedua Manusia ialah kerana Ruh Manusia itu yaitu Muhammad Awal berasal dari RUH AGUNG yaitu Sifat Allaahh Yang Agung NUR MUHAMMAD yaitu Nabi kita Muhammad. ( Rujuk Hadits ) 

Ø MUHAMMAD DHAHIR / MUHAMMAD AKHIR
Yang pertama ialah Muhammad Dhahir atau Muhammad Akhir yaitu Batang Tubuh atau Jasadnya yang zahir yang dapat dilihat dengan mata kepala. Tubuh atau Jasad ini disebut sebagai MANUSIA SEMENTARA YANG DHAHIR. Ianya juga dirujuk sebagai ADAM.
Jasad atau tubuh manusia ini terdiri dari beberapa bagian anggota tubuh. Anggota atau organ organ ini juga boleh dibahagikan kepada dua yaitu anggota luar badan dan anggota dalam badannya. anggota tubuh itu pula terdiri dari jutaan sel sel atau molekul yang halus-halus dan seni-seni.

Ø MUHAMMAD BATHIN / MUHAMMAD AWAL

Yang kedua ialah Muhammad Bathin atau Muhammad Awal yaitu Nyawanya. Yang dikatakan Nyawa atau Bathin itu juga terdiri dari dua perkara, 
Pertama apa yang disebut sebagai RUH dan yang kedua ialah apa yang disebut sebagai DIRI RAHASIA atau DIRI SEBENAR atau DIRI HAQEQI manusia itu ialah: 
1.RUHANI/RUH

Yang dikatakan RUH itu terdiri dari Lapisan Lapisan Balutan Cahaya Cahaya yang terdiri dari Balutan Balutan.
Ruhani Yang Bathin itu tidak dapat dilihat tetapi terasa oleh kita akan wujudnya kerana nyata pada kita akan kesan-kesan kewujudannya. Hal sebegini dikatakan GHAIB. 
Ada beberapa nama yang digunakan didalam Ilmu Haqeqat untuk merujuk apa yang dikatakan RUH itu. Ada yang memanggilnya Muhammad Musthafa Rasullullah, Ruhani, Al-Lathifahh Rabbaniyah dan lain lain lagi. 
Tugas utama Ruhani ialah menghidupkan Jasad melalui Jantung. Ruhanilah yang menyebabkan Jantung manusia itu berfungsi. Ruhani jugalah yang menyampaikan HAK ALLAAHH kepada Jasad yaitu Sifat Sifat MaaniNYA yang tujuh itu. Jadi Ruhani juga dirujuk sebagai RASUL . Maka sesuailah gelarannya sebagai Muhammad Musthafa Rasullullaahh.
2.DIRI HAKIKI

Begitu juga halnya berkaitan DIRI HAQEQI manusia itu. Banyak namanya. Ada yang merujuknya sebagai Diri Rahasia, Diri Yang Sebenarnya Diri, Diri Tajalli, Tiflul Maani dan lain lain. Allaahh pula merujuknya didalam Al-Quran sebagai RuhKu yaitu Ruh Al-Qudsi Allaahh.
Allah SWT juga merujuknya sebagai AKULAH RAHASIANYA didalam Hadits Qudsi dinyatakan. Yang pasti ianya adalah RUH ALLAAHH yang memilikki Shifat-Shifat Allaahh Yang Agung. Dialah yang merupakan SUMBER MAHA HIDUP yang menghidupkan NYAWA atau Ruhani manusia itu yang seterusnya menghidupkan sel sel anggota anggota Jasad hingga ianya boleh berfungsi seperti yang dikehendakki oleh Penciptanya.
3.BALUTAN CAHAYA/PEMBUNGKUS CAHAYA
Kekuatan Rahsia Allaahh ini hanya Allaahh sahaja yang mengetahui sepenuhnya. Oleh kerana itu RUHKU ini telah dibalut oleh Allaahh dengan pelbagai balutan agar ianya tidak membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungannya dibataskan sesuai dengan cara kehidupan manusia itu sendiri. Dari segi ilmunya balutan balutan ini dikatakan sebagai BALUTAN CAHAYA mengikut kedudukan alamnya. 
Butirannya adalah seperti berikut :-
a. Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai BALUTAN CAHAYA LAHUT dan ia dikenali sebagai RUH AL- QUDSI

b. Lapisan Kedua ialah BALUTAN CAHAYA JABARUT dan ia dikenali sebagai RUH SULTHANI
c. Lapisan Balutan Ketiga ialah BALUTAN CAHAYA MALAKUT dan ia dikenali sebagai RUH RUHANI
d. Manakala Lapisan Keempat dan terakhir ialah BALUTAN CAHAYA MULKI dan ia dikenali sebagai RUH JASMANI.
Seperti anggota-anggota Jasad juga BALUTAN BALUTAN CAHAYA ini merupakan Dzat Serba Dzat yang seni seni yang hanya diketahui Allah. Ia merupakan SUMBER HIDUP manusia itu sendiri. 
TEMPAT RUH DI DALAM BADAN

Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani tempat tempat Ruh Ruh diatas didalam Jasad manusia adalah seperti berikut :

1.   Ruh Jasmani Letaknya antara kulit dan daging.
2.   Ruh Ruhani Didalam jantung manusia itu.
3.   Ruh Sulthani Di Baitillaahh Mukmin yaitu satu bahagian khusus di-jantung manusia itu.
4.   Ruh Al-Qudsi Didalam RASA
RUH RUH yang merupakan Balutan-balutannya itulah yang dirujuk sebagai DIRI BATHIN MANUSIA itu dan RUH AL-QUDSI itu pula dirujuk sebagai DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI MANUSIA itu yang oleh Allah dirujuknya sebagai RAHASIA dan RAHASIAnya adalah ALLAAHH sendiri. 
Maka inilah yang dirujuk oleh Allaahh didalam Al-Quran :-
Jika mereka bertanya tentang AKU Ya Muhammad maka katakanlah Aku DEKAT dan menyahut seruan orang yang memanggil Aku.
DIRI inilah yang diperintah oleh Allaahh untuk dikenali oleh manusia itu melalui Hadits :-
Man Arafa Nafsahhu Faqad Arafa Rabbahu
Yang demikian jika manusia itu dapat mengenal DIRI ini maka kenal ia akan Tuhannya Allaahh SWT. Maka sudahlah ianya menunaikan Perintah Allaahh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar